PESDC TRAINING CENTRE

29 10 2008

ani6PENGENALAN

Latihan Vokasional hari ini memainkan peranan penting dalam proses mewujudkan tenaga kerja untuk perindustrian. Objektif utama latihan vokasional adalah untuk melahirkan tenaga kerja berkemahiran yang memiliki kemahiran teknikal secara tunjuk ajar.

PESDC menawarkan pelbagai kursus vokasional menerusi kerjasama dengan Jabatan Pembangunan Kenahiran (JPK) dahulu dikenali sebagai Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) badan kerajaan yang menerajui latihan vokasional di negara ini.

Kompleks latihan PESDC adalah pusat berbentuk kampus dan bengkel-bengkelnya dilengkapi dengan peralatan terkini. Ia terletak di kawasan seluas 10 ekar di Pusing, Perak, hanya 15 km jarak dari Ipoh.

KURSUS- KURSUS YANG DITAWARKAN

PESDC menawarkan kursus-kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Kursus-kursus diolah oleh MLVK dengan tujuan untuk membekalkan para pelatih dengan kemahiran praktikal dan kemahiran tangan dalam pelbagai bidang kejuruteraan vokasional.

Antara kursus -kursus yang ditawarkan seperti :-

  1. TEKNOLOGI AUTOMOTIF
  2. TEKNOLOGI MEKANIKAL PEMBUATAN – POLIMER/PLASTIK
  3. TEKNOLOGI PEMESIN AM & CNC
  4. TEKNOLOGI ELEKTRONIK
  5. TEKNOLOGI MEKATRONIK
  6. TEKNOLOGI PENYEJUK & PENYAMANAN UDARA
  7. TEKNOLOGI PERCETAKAN
  8. TEKNOLOGI KIMPALAN
  9. TEKNOLOGI SISTEM KOMPUTER

Kursus-kursus ini dibahagikan kepada beberapa tahap dan setiap tahap mengambil masa 12 bulan. Sebaik tamat Tahap 1 & 2, para pelatih dianugerahkan Sijil SKM dan diiktiraf sebagai juruteknik. Para pelatih yang menghabiskan Tahap 2 akan dianugerahkan SIJIL SKM dan layak untuk menyambung latihan dari tahap 3 sehingga Tahap 5.